BAGAIMANA EMAS DAPAT MEMBERI KEUNTUNGAN PADA YANG MENYIMPAN
Keuntungan Menyimpan Emas
Setiap penyimpan Emas mengerti bahawa Emas itu merupakan sejenis pelaburan paling selamat yang bersifat jangkamasa panjang. Namun begitu hati siapa yang tidak terdetik untuk mencongak berapakah keuntungan atau mungkin kerugian (sekiranya ada) hasil daripada wang yang dilaburkan?
Keadaan yang sama juga berlaku kepada para penyimpan emas baru yang sehingga kini perasaan keraguannya masih menebal sebelum membuat langkah pertamanya.
Keuntungan melalui Emas boleh dijana melalui beberapa kaedah yang antaranya;
MENYIMPAN EMAS – Penyimpan emas menambahkannya secara konsisten dengan mengubah wang simpanan / lebihan kepada emas. Keuntungan mereka dijana melalui ‘Price Averaging‘ yang mana ‘Averaging Effect‘ dapat menurunkan harga emas belian kita menghampiri harga emas ‘Jualan Balik‘ semasa. Kaedah ini secara tidak langsung dapat mengecilkan susut nilai Emas itu sendiri (Spread).
URUSNIAGA JUAL/BELI EMAS – Penyimpan emas menjana keuntungan berdasarkan kepada ‘Buying and Selling Price‘.
BUY LOW & SELL HIGH – Bagi mendapatkan keuntungan lebih melalui kaedah ini, anda harus mempunyai Gold Bar yang bersaiz besar kerana semakin berat sesuatu Emas itu maka susut nilai nya semakin mengecil. Jadikan Gold Bar itu sebagai modal pusingan. Sebagai contoh; anda membeli sebiji Gold Bar dengan berat 250 Gram pada harga rendah. Simpan dan jual selepas itu ketika harga jualan semasa tinggi (peratusan keuntungan bergantung kepada target anda sendiri).
Semakin banyak emas terkumpul, semakin banyak keuntungan yang dapat anda nikmati di masa hadapan.
Namun begitu, sekiranya diri hanya mampu paling tidak 1 Gram sebulan bagi setiap keluarga, itu sudah sangat memadai kerana emas bernilai sepanjang zaman, bertindak sebagai ‘Insuran Kekayaan’ juga penyimpan nilai yang terbaik.
Jangan terus menunggu !
Comments
Post a Comment