EASY PURCHASE PLAN (EPP)/ KEPATUHAN SYARIAH
Easy Purchase Plan (EPP) – Kepatuhan Syariah
Mengenai penjelasan berkaitan isu ‘Kepatuhan Syariah‘ buat pembelian emas atau perak keluaran Public Gold melalui ‘Easy Purchase Plan’ (EPP) ini, terdapat dua bentuk penjelasan yang saya ingin berikan iaitu;
PERTAMA – Penjelasan Bagi Orang Awam atau Masyarakat Marhein
Orang awam ini maksudnya orang yang tidak belajar dalam bidang syariah. Dia bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat sebarang keputusan.
- Urusniaga belian secara EPP ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisors
- Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang syariah. Ia diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang syariah dan beliau juga menjadi sumber rujukan samada di dalam mahupun di luar negara.
- Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak syariah. Kemudian apabila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil kepatuhan syariah untuk urusniaga tersebut.
KEDUA – Penjelasan Untuk Orang Yang Mengetahui Bidang Mualamat
Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut;
- Apabila membuat sesuatu order, ia bermaksud proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil Wa’ad atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu.
- Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil Hamisy Jiddiyyah.
- Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas. Sepanjang proses pembayaran tidak berlaku sebarang akad jual beli di antara Public Gold dan pembeli.
- Setelah pembeli menyelesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas/perak yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.
- Pada waktu ini barulah dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas/perak kepada Public Gold dan Public Gold akan menyerahkan emas/perak tersebut kepada pembeli.
- Waktu inilah akad jual beli akan berlaku. Emas/perak akan bertukar tangan di branch Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan resit bayaran kepada pembeli tersebut.
Semoga penjelasan ringkas ini membuatkan anda yakin dalam urusan berjual beli dengan Public Gold International.
Wallahu a’lam
Comments
Post a Comment