GOLD PRICE AVERAGING TECHNIQUE/ TEKNIK PEMURATAAN HARGA EMAS
Harga emas turun, apa perlu kita lakukan sebagai penyimpan emas?
Sebenarnya, penurunan harga emas adalah suatu bonus bagi para penyimpan emas. Semakin turun maka kami rasa semakin seronok untuk menambahkan kuantiti sedia ada.
Teknik Pemurataan harga dalam emas yang dikenali sebagai “Gold Price Averaging Technique” ialah satu teknik asas yang digunakan untuk meminimumkan kos belian emas per gram dan menggandakan keuntungan jangkamasa panjang.
Teknik ini hanya terpakai buat penyimpan emas sedia ada yang ingin menambahkan kuantiti emas dan bukannya mereka yang ingin menjual semula untuk mendapatkan hasilnya!
Penyimpan Emas yang membeli secara berkala tidak akan pernah kecewa dan berhati bahagia dengan harga emas atas sebab mereka telahpun memuratakan kos (averaging technique) ini. Harga emas naik mereka seronok, harga turun malah bertambah seronok !
Kita mengetahui bahawa keuntungan emas mengambil waktu yang panjang dan hasilnya sangat memberangsangkan. Dan jangka waktu pendek pula harganya ada pasang surutnya tergantung kepada keadaan semasa dunia yang melanda. Jujurnya, tiada siapa yang menjangka dengan tepat akan pergerakan harga emas di hari mendatang.
Namun, bagaimana teknik pemurataan ini dapat membantu kita?
Jadual di atas menunjukkan senarai harga emas yang lengkap bagi akaun Gold Accumulation Program (GAP) untuk tahun 2020 yang lalu sebagai rujukan.
Jika merujuk kepada Harga Tertinggi setiap bulan;
Jan 2020 – RM220
Feb 2020 – RM237
Mar 2020 – RM241
April 2020 – RM259
May 2020 – RM262
June 2020 – RM264
July 2020 – RM292
Aug 2020 – RM304
September 2020 – RM290
October 2020 – RM282
November 2020 – RM285
December 2020 – RM272
Maka, jika anda membeli 1gram emas setiap bulan dengan menggunakan nilai tertinggi; jumlah keseluruhan modal yang telah anda keluarkan
Jumlah Keseluruhan – RM3,208
Purata / Average – RM3,208/12 = RM267.33 per gram
Oleh itu, tidak mengira pergerakan harga emas meningkat atau turun, anda seharusnya konsisten membeli setiap bulan agar teknik ini dapat menguntungkan anda dari segi mengurangkan jumlah modal yang dikeluarkan sewaktu anda membeli emas pada harga yang tinggi di bulan-bulan sebelum ini.
Beli 1gram emas setiap bulan secara konsisten jauh lebih baik dari beli 10gram emas hanya sekali dan terus berhenti!
Antara Kelebihan Membeli Emas Secara Konsisten
- Menjadi simpanan secara paksa. Simpanan yang berkesan perlu dipaksa, terutamanya tatkala mendapat wang gajian. Paksa diri dengan membeli setidaknya 1gram per bulan dan selebihnya terpulanglah kepada anda hendak simpan di mana.
- Dijadikan simpanan yang akan dilupakan. Simpan emas tidak seperti menyimpan duit. Kita tidak akan sesekali panjang akal untuk berbelanja (kerana NOMBOR telahpun hilang berganti GRAM), bahkan kita akan merasa ingin mengumpul lagi dan lagi. Menjadi keseronokkan kita dengan emas adalah pada saat mengumpulnya. Sedar-sedar, dalam masa setahun kita sudahpun mempunyai 12 gram. Maka benarlah bahawa Emas itu adalah ‘Magnet Kekayaan’.
- Penyimpan Emas yang membeli secara berkala tidak akan pernah kecewa dengan harga Emas atas sebab mereka telahpun memuratakan kos (Averaging Technique).
Memang inilah salah satu cara saya memaksakan diri menyimpan emas. Apabila terima sahaja wang gajian setiap bulan, 10% darinya adalah wajib bagi saya mengubahkannya kepada emas. Begitulah juga tatkala mempunyai wang lebihan pasti tangan terasa gatal dan hati mula gelisah akan kilauan ‘Sang Emas’ yang ingin terus ditakluki.
Yakinlah akan kuasa ‘Sang Emas’. Takluki lah sementara ianya masih ‘Jinak’ sebelum ngaumannya membuat kita kecut, pasrah juga kecewa di kemudian hari!
Comments
Post a Comment