[ Emas - Perbezaan 99.99 dan 999.9 ]

[ Emas - Perbezaan 99.99 dan 999.9 ] 

Tidak mustahil suatu masa anda akan melihat ketulenan emas di tulis seperti ini dan, barangkali anda merasai keraguan akan ketulenan nya. 

Sebelum itu, anda tidak perlu panik kerana kedua-duanya merujuk kepada ketulenan yang sama.

▪️Apabila pengeluar emas mencetak nombor 99.99 (biasanya tanpa tanda %) di atas jongkong emas tersebut , mereka merujuk ketulenan di dalam bentuk peratus (contoh seperti Gold Bar keluaran Perth Mint)

99.99 bermaksud emas ini berketulenan 99.99% daripada 1000 bahagian emas (99.99% from 1000 part of gold)



▪️Apabila pengeluar mencetak nombor 999.9 pula, mereka merujuk kepada kandungan emas adalah sebanyak 999.9/1000 bahagian emas (999.9 per 1000 part of gold). (contoh seperti Gold Bar keluaran Public Gold)

Untuk convert 99.99% kepada per thousand part of Gold, pengiraannya adalah seperti berikut:

(𝟵𝟵.𝟵𝟵/𝟭𝟬𝟬) 𝘅 𝟭𝟬𝟬𝟬 = 𝟵𝟵𝟵.𝟵

Kesimpulannya, ketulenan 99.99 dan 999.9 adalah sama cuma, membuatkan kita keliru kerana tiadanya tanda peratus di letakkan.... 😊
.
..

Comments